Pakej Pantang 2022

Kami faham, anda sekarang tengah pening kepala nak mencari pakej pantang 2022. Jangan risau, kami di Pakej Pantang akan membantu anda untuk mencari pakej yang sesuai.

Izinkan kami bantu.

 

Kenapa wujud Pakej Pantang?

Pakej pantang penjagaan ibu

Kami buat Pakej Berpantang kerana kami juga tahu sakitnya bersalin.

Masa bersalin sakitnya lain. Selepas bersalin, dia punya denyut, hanya yang pernah rasa sahaja tahu.

Kami di sini akan cuba sedaya upaya untuk bantu anda dapatkan rehat yang secukupnya.

Boleh hubungi kami seperti di bawah.

 

Perkhidmatan dalam Pakej Pantang

 

Pakej pantang urut selepas bersalin

Urut

Urut selepas bersalin sudah tentu ada. Ini adalah bertujuan untuk elancarkan peredaran darah. Badan akan rasa ringan dan selesa. Jika mahu, boleh tanya kami untuk dapatkan urut bengkak susu dan urut kepala buang angin sekali.

Tungku

Proses bertungku akan membantu dalam mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Param Pilis Tapel

Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala.

 

Berbengkung

Boleh ke pakai bengkung sendiri? Ada yang kata boleh, tapi mungkin tak sempurna. Kami boleh pakaikan. Ini dapat melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber.

 

Bertangas

Jangan lupa bertangas kerana ia dapat merawat bahagian intim. Bertangas dapat mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin.

 

Mandi Herba

Dengan mandi herba, ia dapat menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf.

 

Lulur

Proses lulur dapat menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.

 

Perkhidmatan lain dalam Pakej Pantang

Pakej pantang dengan makanan pantang

Makanan pantang

Kami akan sediakan makanan yang sihat dan mengenyangkan ibu mengikut menu yang telah ditetapkan. Tidak perlu susah-susah order dari luar.

 

Penjagaan bayi

Jangan lupakan bayi. Kami juga boleh bantu untuk jaga bayi agar sentiasa tenang. Ini termasuk servis mandi, urut, tuam dan pakai barut. Kami juga akan tolong jagakan bayi supaya ibu dapat lebih banyak rehat.

 

Pakej berpantang ini sesuai untuk siapa?

Ini adalah pakej pantang bajet. Jadi, jika anda tidak bersedia untuk keluarkan duit yang banyak, cukup sekadar 7 hari sahaja.

Walaupun kami mahu ibu-ibu dapatkan rawatan sempurna, tak semua orang mampu. Ini adalah sesuai untuk golongan yang:

  • Tidak bekerja
  • Suri rumah tangga
  • Berharap pada suami untuk bayarkan
  • Walaupun sebenarnya tidak mahu susahkan suami
  • Ada mak boleh tolong jaga kita waktu berpantang
  • Mak sudi untuk tolong masakkan
  • Mak duduk dekat dengan rumah
  • Suami pula rajin tolong kemas-kemas rumah

 

Lokasi Pakej Berpantang (Seluruh Malaysia)

Kami berurusan dengan ramai tukang urut di seluruh negara.

Berikut adalah antara lokasi yang kami cover, terutamanya di kawasan Lembah Kelang.

Selangor

  • Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Gombak, Bangi, Serdang, Ampang, Klang, Puchong, Banting, Batu Caves, Cyberjaya, Damansara, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kajang, Kuala Selangor, Rawang, Sabak Bernam, Selayang, Sungai Buloh Alam Impian, Aman Perdana, Ambang Botanic, Ara Damansara, Balakong, Bandar Botanic, Bandar Bukit Raja, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Kinrara, Bandar Puteri, Bandar Puteri Klang, Bandar Puteri Puchong, Bandar Saujana Putra, Bandar Sungai Long, Bandar Sunway, Bandar Utama, Batang Berjuntai, Bestari Jaya, Batang Kali, Batu Arang, Beranang, Bukit Antarabangsa, Bukit Beruntung, Bukit Jelutong, Bukit Rahman Putra, Bukit Rotan, Bukit Subang, Cheras, Country Heights, Damansara Damai, Damansara Intan, Damansara Jaya, Damansara Kim, Damansara Perdana, Damansara Utama, Denai Alam, Dengkil, Glenmarie, Jenjarom, Kapar, Kayu Ara, Kelana Jaya, Kerling, Klang, Kota Damansara, Kota Emerald, Kota Kemuning, Kuala Kubu Baru, Kuala Langat, Kuang, Mutiara Damansara, Port Klang, Puchong South, Pulau Indah, Pulau Lumut, Pulau Carey, Pulau Ketam, Puncak Alam, Puncak Jalil, Putra Heights, Rasa, Salak Tinggi, Saujana, Saujana Utama, Sekinchan, Semenyih, Sepang, Serendah, Seri Kembangan, Setia Alam, Setia Eco Park, SierraMas, SS2, Subang Bestari, Subang Heights, Sungai Ayer Tawar, Sungai Besar, Sungai Pelek, TTDI Jaya, Tanjong Karang, Tanjong Sepat, Telok Panglima Garang, Tropicana, Ulu Klang, USJ, USJ Heights, Valencia

Kuala Lumpur

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL, Bangsar, Damansara, TTDI, Sri Hartamas, Mont Kiara Bukit Tunku, Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Setapak, Gombak, Jalan Klang Lama, Cheras, Kepong, Keramat Ampang Hilir, Bandar Damai Perdana, Bandar Menjalara, Bandar Tasik Selatan, Bangsar South, Batu, Brickfields, Bukit Bintang, Bukit Jalil, Bukit Ledang, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Cheras, Country Heights, Damansara Heights, Desa Pandan, Desa ParkCity, Desa Petaling, Jalan Ampang, Jalan Ipoh, Jalan Sultan Ismail, Jinjang, Kenny Hills, KLCC, KL Sentral, Kuchai Lama, Mid Valley, Old Klang Road, OUG, Pandah Indah, Pandan Jaya, Pandan Perdana, Pantai, Pekan Batu, Puchong, Salak Selatan, Segambut, Sentul, Seputeh, Serdang, Setia Eco Park, Solaris Dutamas, Sri Damansara, Sri Petaling, Sungai Besi, Sungai Penchala, Taman Desa, Taman Duta, Taman Melawati, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Technology Park Malaysia (TPM), Titiwangsa

Putrajaya

  • Putrajaya Presint 1, Presint 2, Presint 3, Presint 4, Presint 5, Presint 6, Presint 7, Presint 8, Presint 9, Presint 10, Presint 11, Presint 12, Presint 13, Presint 14, Presint 15, Presint 16, Presint 17, Presint 18, Presint 19, Presint 20

Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Pulau Pinang

Perak

Perlis

Terengganu

Sabah

Sarawak

Labuan

Berapa harga Pakej Pantang?

Sebenarnya, harga pakej pantang ini adalah harga bajet dan mampu milik.

Pakej berpantang kami juga bermula dari 7 hari sahaja.

Semua pakej ini adalah pakej pergi pagi, balik petang. Kami tidak tinggal di rumah anda.

Jika anda mahukan orang yang boleh tinggal sekali dalam rumah dan jaga bayi, sila maklumkan pada kami.

 

Untuk pakej pantang 1 minggu (7 hari)

  • 8 jam
  • 9 pagi – 5 petang
  • Urut (1x / hari)
  • Tungku (2x / hari)
  • Ikat Kain Bengkung (2x / hari)
  • Param, Pilis, Tapel (2x / hari)
  • Mandi Herba (2x / hari)
  • Lulur (1x / minggu)
  • Tangas (1x / minggu)
  • Urut Bengkak Susu (3x / minggu)
  • Urut Kepala Buang Angin (3x / minggu)
  • Penjagaan bayi: Mandi, urut, tuam, barut
  • Makanan pantang: 2 kali sehari

Harga: RM2,999

*Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk diskaun